Indian Cultural Society Malacca High School


Pengerusi: Kumaran
Naib Pengerusi: Parameswary
Setiausaha: Erajeswaran
Penolong Setiausaha: Kasturi Bai
Bendahari: Anusyia

Guru Penasihat: Encik M.P. Rangganathan/Encik G. Ravindran

Kami telah mengambilalih jawatankuasa persatuan pada pertengahan tahun 1988. Tujuan utama persatuan ini adalah untuk menjalin pertalian mesra antara penuntut-penuntut berketurunan India, memupuk semangat kepimpinan dalam jiwa mereka serta memastikan bahawa kebudayaan masyarakat India tidak luput dari ingatan.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan ini ialah:

1.       Perjualan loteri untuk “Temple Of Fine Arts”.
2.       Mengadakan majlis makan malam tahunan.
3.       Menganjurkan pertandingan Hoki Tahunan Enam Sepasukan.
4.       Persembahan tarian untuk Hari Guru Peringkat Sekolah.
5.       Penjualan kad-kad Deepavali.
6.       Menyertai projek derma darah anjuran Persatuan Belia Sakti Melaka.

7.       Mengambil bahagian dalam pertandingan menulis karangan anjuran Persatuan Tamil Melaka.
Kami mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli persatuan yang telah menolong menjayakan projek-projek yang telah diadakan. Di sini persatuan ini juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat persatuan ini kerana telah memberikan bimbingan, dorongan dan nasihat kepada ahli-ahli jawatankuasa dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Erajeswaran
Setiausaha
Muka surat 99 Optimist 1989


Comments

Popular Posts