Bukan hanya sekadar kelulusan dan pengetahuan


Ko-Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah satu lagi pendekatan baru yang akan dilaksanakan untuk bidang pendidikan di Malaysia. KBSM digubal dan dirancangkan dengan satu matlamat besar iaitu menjamin dan mempertingkatkan lagi mutu system pendidikan Negara supaya bersesuaian dengan kehendak zaman.

Hal ini jelas bila kita teliti falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi, “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, bertanggung-jawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) dirasakan kurang member penekanan kepada pendidikan nilai murni yang unggul dan kemahiran yang membolehkan pelajar menjadi individu dan warganegara yang bersemangat patriotic serta berakhlak mulia.

Penumpuan yang lebih kepada pengetahuan ilmu dan persediaan untuk pelajaran tinggi serta lulus periksa menyebabkan aspek perkembangan watak dan syaksiah pelajar diabaikan. Kesannya muncul beberapa kecacatan dan kepincangan di kalangan generasi sekarang yang lahir daripada kurikulum pendidikan yang tidak sempurna.

Satu fenomena yang agak jelas terbit daripada kurikulum pendidikan dalam KLSM ialah wujudnya satu golongan insane yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu yang diperolehinya. Sedangkan pernah dikatakan orang bahawa ilmu tanpa amal ibadat sebatang pohon yang hijau rimbun tetapi tidak berbuah. Kesannya timbul berbagai-bagai kepincangan dalam aspek sosioekonomi negara dewasa ini.
Pelbagai kejadian dan peristiwa buruk dalam aspek social muncul dalam masyarakat kita hari ini. Dari sebesar-besar jenayah hinggalah sekeci-kecil perbuatan yang menggangu ketenteraman awam kian meningkat. Semuanya menandakan keruntuhan akhlak dan kerendahan sahsiah.

Siapakan yang melakukan semua ini ? Apakah mereka yang melakukan perbuatan keji ini tidak mendapat pendidikan yang sempurna ketika di sekolah ? Jawapannya mudah, ini kerana ilmu dan amal tidak bersatu dalam diri mereka.

Jika kita renung dan telita, suasana social dalam masyarakat dan keadaan disiplin di sekolah, jelas kepada kita bahawa pendidikan belum benar-benar wujud dalam masyarakat kita.

Sistem Pendidikan Berjaya melahirkan ramai cendekiawan dan pakar dalam pelbagai bidang tertentu. Namun begitu kita masih tidak puas hati dengan para cendekiawan dan pakar sekarang. Mengapa ? Ini kerana kebanyakan mereka tidak mengamalkan ilmu yang mereka perolehi dengan sempuran.
Dalam pelbagai bidang kehidupan baik politik, ekonomi dan social bermacam-macam gejala buruk ditimbulkan oleh cendekiawan dan bijak pandai. Berbanggakah kita jika mempunyai tokoh politik yang berkarisme, pintar dan berkaliber tetapi hidupnya sentiasa bergelumang dengan perbuatan maksiat dan rasuah ? Serta sanggup kita menyanjung pemimpin masyarakat yang dikatakan membela rakyat tetapi menjual maruah tanahair sendiri kepada Negara dan bangsa lain ?

Apakah nasib rakyat dan maruah negara ini jika dipenuhi oleh golongan cerdik pandai seperti mereka ? Mereka mempunyai ilmu tetapi tidak berakhlak. Mereka mempunyai pengetahuan dan pandai bercakap tetapi tidak mengamalkannya. Mereka hidup dan mendapat nikmat dalam sesebuah Negara tetapi tidak ada semangat sayangkan Negara dan lebih suka bertindak mengikut kehendak hati dan perasaan sendiri.
Persoalan sekarang ialah dapatkah kita membaiki fenomena ini ? Jawapannya ialah melalui system pendidikan yang sempurna dan lengkap iaitu KBSM. Ini akan dapat membentuk keperbadian rakyat pada masa hadapan. Ini kerana setiap individu akan menjalani zaman persekolahan di peringkat kanak-kanak dan remaja. Di peringkat inilah system pendidikan dapat mencorakkan individu untuk menjadi warganegara yang baik.

Filosof Augustine berkata “Kesalahan adalah sifat manusia tetapi jika mengulangi kesalahan yang sama itu adalah sifat iblis.”

Almarhum Pak Buya Hamka berkata “Sahabat itu adalah lambang kemerdekaan di dalam mengatasi masalah diri.”

Mohd. Yazid Abdul
U6A5
Muka surat 115 Optimist Karya Pelajar


Comments

Popular Posts