Pengakap Kelana Sek Tinggi Melaka


Senior Rover Mate: Tan Wee Lee
Rover Mate: Leong Lup Yan
Rover Mate: Eugene Yiew

Setiausaha: Lim Ai Ling
Bendahari: Chong Wai Fang
P. Setiausaha/Bendahari: Ho Yok Lim
Ketua-Ketua Kumpulan:
Allan Loong
Pang Ong Wee
Chow Lai Yin
Emily Chua

Ahli-ahli Persatuan Pengakap Kelana terdiri daripada para pelajar Tingkatan 6 sahaja. Motto persatuan adalah ‘Service’ Pada masa ini pasukan ini terdiri daripada 50 orang ahli. Jadi, untuk mencapai matlamat persatuan berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan terbahagi kepada aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Aktiviti-aktiviti di dalam kawasan sekolah

1.       Beberapa pertandingan di antara kumpulan dalam pasukan ini telah diadakan.
2.       Mengadakan pertandingan memasak di antara kumpulan-kumpulan.
3.       Membantu dalam Hari Sukan STM pada tahun 1988.
4.       Bertugas sebagai Pengawal Kadet sempena MSSM 1989.
5.       Membersihkan Mini Zoo STM.
6.       Melibatkan diri dalam Konsert Hari Guru.
7.       Menolong dalam menjayakan ‘Camfire’ tahunan.

Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah

1.       Mengadakan perkelahan di Tanah Merah.
2.       Satu perkhemahan telah diadakan di Tanjung Minyak.
3.       Membantu menjalankan ‘service’ sempena Hari Orang Tua peringkat negeri di Dewan Hang Tuah, Melaka.
4.       Mengambil bahagian dalam pembarisan sempena Hari Kebangsaan 1988.
5.       Melawat Zoo Melaka, Hutan Rekreasi dan sebagainya.
6.       Satu ‘Hiking’ telah diadakan di sekitar Bandar Hilir dan Ujong Pasir.
Kami mengucapakan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah, Tuan Haji Rafie bin Haji Mahat, Guru Penasihat, Encik Peter Suan, dan guru-guru STM kerana telah membantu dan membimbing sehingga Persatuan Pengakap Kelana ini dapat menjalankan segala akitiviti dengan mencapai kecemerlangan.

Terima kasih.
‘Meliora Hic Sequamor’
Disediaka oleh:

Lim Ai Ling
Setiausaha


Muka surat 104 Optimist 1989

Comments

Popular Posts