Karate Aishoto-Ryu


Presiden: Abdul Halim Haji Alias
Naib Pengerusi: Shanker Subramaniam
Setiausaha: Suresh Kumaran
Bendahari: Selva Kumaran
Ahli Jawatankuasa:
Rakesh
Charles Ong
Tan Beng Beng
Akmal dan Akbar

Asrama

Pengerusi: Shafie Ibnoraja
Naib Pengerusi: Masnizam Mahmud
Setiausaha: Nazari Ghazali
Bendahari: Moktar Ahmad
Ahli Jawatankuasa:
Arrifin
Mohd. Eddin Syazri
Norhanizam
Aminuddin Hasan
Wan Abdul Halim
Hermee Ramli
Kolleh Anyan

Persatuan ini telah ditubuhkan pada bulan Februari 1987. Kelab ini mempunyai lebih kurang 40 orang ahli terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu hingga ke tingkatan enam. Tujuan utama kelab ini ditubuhkan ialah untuk melatih disiplin, keyakinan diri, jasmani dan yang pentingnya untuk memupuk perpaduan yang lebih erat di kalangan ahli-ahlinya.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:

Menjadi tuan rumah Kejohanan Karate Peringkat Negeri.

Membuat demonstrasi di Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak.

Membuat demonstrasi di Sekolah Rendah Bukit Baru.

Membuat demonstrasi di Sekolah Menengah Datuk Palembang.

Ujian-ujian tali pinggang.

Menyertai Hari Jualan Kebajikan.

Pada bulan Julai yang lalu, kelab kami telah menerima jemputan untuk menunjukkan satu demonstrasi di Stadium Kubu, Melaka sempena pelancaran Melaka Bandaraya Bersejarah anjuran Majlis Gabungan Seni Mempertahankan Diri (MENGASENI).

Kelab ini sangat menitikberatkan disiplin di samping latihan keyakinan diri. Ini dapat melahirkan satu generasi yang sihat, berdisiplin dan berguna kepada bangsa dan negara pada suatu masa nanti.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, guru penasihat, para pelajar dan pihak-pihak yang berkenaan kerana memberi kerjasama sepenuhna dalam usaha membangunkan dan menjayakan kelab ini.

Abdul Halim Haji Alias
Presiden
Muka Surat 172 Optimist 1989

Comments

Popular Posts