Rumah Albuquerque


Kapten: Saravan a/l Veerayan
Kapten Perempuan: Anusvia
Naib Kapten: Rustam Jalil
Setiausaha: Hayatie Osman
Bendahari: Ivy Chan
Guru Penasihat: Puan Fo Yew Hau/Encik Ignatius Lim

Pada keseluruhannya, tahap pencapaian Rumah Alburqueque adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang terdahulu. Bagaimanapun, pada tahun ini, pencapaiannya tidak mencapai matlamat yang dirancangkan. Namun begitu Rumah Albuquerque telah mencatat beberapa kejayaan dan secara tidak langsung menempatkan rumah ini di antara rumah-rumah sukan yang terbaik.

Dalam acara perbahasan, Pasukan Menengah Rendah telah menjadi Naib Johan, manakala Pasukan Menengah Atas hanya mendapat tempat ketiga. Walau bagaimanapun diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang mengambil bahagian.

Dalam aktiviti sukan pula, Rumah Albuquerque telah mendapat tempat ketiga bagi acara Merentas Des dan juga Sukan Tahunan. Pencapaian yang paling membanggakan keluarga Alburquerque adalah gelaran Johan perseorangan Kelas Tiga yang telah disandang Tan Beng Beng. Kepada Tan diucapkan setinggi-tinggi tahniah.

Akhir sekali, Rumah Albuquerque ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat dan ahli-ahlinya. Semoga Rumah Albuquerque akan terus menempah kejayaan demi kejayaan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Hayatie Osman
Setiausaha

Muka surat 136 Optimist 1989

Comments

Popular Posts