Rumah Raffles


Kapten: Lee Charn Wui
Penolong Kapten: Ong Seng Fook
Bendahari: Juriah bte Judin/Helip anak Loni
Setiausaha: Phua Li Sze
Kapten Perempuan: Ang Gek Kuan

Ahli Jawatankuasa:

Stephanie Yong
Winnie Chin
Koh Yew Kwee
Guru-Guru Penasihat:
Puan Zaleha Ismail
Encik Low Joon Yen
Puan Anna Yap Mei Mei

Pada keseluruhannya, Rumah Raffles tidak begitu Berjaya di dalam acara Temasya Sukan Tahunan Ke 140. Selain daripada itu, bilangan ahli-ahli yang berdaftar hanyalah 200 orang sahaja berbanding ahli rumah-rumah lain yang menjangkaui 200 orang.

Namun begitu, beberapa orang ahli Rumah Raffles Kelas Kedua dan Ketiga dengan usaha yang gigih telah Berjaya mengharumkan nama Rumah Raffles dengan memperolehi kemenangan dalam beberapa acara bergu. Seorang ahli Rumah Kelas I iaitu M. Mahiarasan telah Berjaya memperolehi 3 pingat emas dalam acara larian. Tidak ketinggalan juga Kapten bahagian perempuan Rumah Raffles, Ang Gek Kuan telah muncul sebagai Johan bagi acara Merentas Desa Bahagian Perempuan.

Akhir sekali, penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada guru-guru penasihat serta juga kepada Koh Swee Leong, Stephanie Yong, Winnie Chin, Koh Yew Kwee, Ming Gee, Tan Tee Woon, Bak Belayong, Helip anak Loni, Lawrence Lim, Erajeswaran dan Benjamin Yap. Seterusnya terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli rumah yang telah berganding bahu menyumbangkan tenaga dan masa demi menjayakan segala yang telah dirancangkan.

Winnie Chin
Ahli Jawatankuasa

Muka surat 139 Optimist 1989

Comments

Popular Posts