Kuiz Sains Nasional 1989 Sek Tinggi Melaka


Pasukan Kuiz Sains Nasional Sekolah Tinggi Melaka terdiri daripada Yeo Wee Kiat, Chong Hwee Cheng, Wong Kim Lai dan Lin Chian Boon telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan yang melibatkan 118 buah sekolah menengah seluruh Malaysia.

Pertandingan peringkat negeri (dalam bentuk menulis) untuk memilih wakil sekolah-sekolah menengah negeri Melaka ke peringkat suku akhir (zon selatan) telah berlangsung pada 23hb. Mac di Sekolah Menengah Yok Bin di mana pasukan kita mengalahkan 8 buah sekolah lain.

Di peringkat suku akhir (dalam bentuk lisan) pada 10hb. April di Dewan Sekolah Tinggi Melaka, wakil Negeri Sembilan, King George V dan wakil Johor,, Sekolah Tinggi Segamat telah ditewaskan. Dengan itu, pasukan Sekolah Tinggi mewakili Sekolah-Sekolah Zon Selatan ke peringkat separuh akhir.

Dalam peringkat separuh akhir pada 10hb Mei yang berlangsung sekali lagi di Dewan Sekolah Tinggi Melaka untuk menentukan satu daripada 3 buah sekolah yang akan bertanding di peringkat akhir, pasukan kita Berjaya mengatasi wakil dari zon tengah (yang meliputi Perak, Wilayah Perseketuan dan Selangor) ialah Sekolah Menengah La Salle dan menempah tiket ke peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 15hb. Ogos.

Malangnya kemaraan pasukan kita tersekat apabila menduduki tempat kedua di antara Sekolah Green Road dari Sarawak dan Sekolah Menengah St. Xaviers dari Pulau Pinang setelah kalah tipis kepada Sekolah Green Road. Ramai orang mengatakan nasib memang tidak menyebelahi pasukan kita sebab kekalahan kita hanya berpunca daripada soalan terakhir dalam pertandingan itu.

Namun, percapaian pasukan Sekolah Tinggi Melaka secara keseluruhannya memuaskan. Ini bukan sahaja hasil daripada usaha gigih dan kerjasama erat di antara ahli-ahli pasukan, tetapi juga sokongan dan bimbingan seluruh murid dan guru Sekolah Tinggi Melaka. Prestasi Pasukan Sekolah Tinggi Melaka tetap boleh diperbaiki dalam pertandingan-pertandingan akan datang.

Semoga pasukan akan datang lebih bernasib baik.

Guru Penasihat,
En. Tan Chwee Lai


Muka Surat 69 Optimist 1989

Comments

Popular Posts