Squash Malacca High School


Guru Penasihat: Encik Weee Choi Chiang
Presiden: Koh Yew Kwee
Naib Presiden: Tan Wee Lee
Setiausaha: Chong Wai Fung
Bendahari: Chow Lai Yin

Ahli Jawatankuasa: Tan Seng Kit

Pasukan squash STM telah muncul sebagai Johan Negeri dan telah dipilih untuk mewakili Negeri Melaka dalam pertandingan squash MSS Malaysia di Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya.

Walaupun pasukan sekolah kita tidak mencapai sebarang keputusan yang cemerlang, namun demikian pemain-pemain sekolah kita dapat mengambil peluang ini untuk meluaskan pengalaman mereka.

Pemain-pemain adalah terdiri daripada:

Rajveer Singh
Koh Yew Kwee
Tan Song Kitt
Steven Leong
Jimmy Tan

Dalam pertandingan Squash Melaka Tertutup anjuran M.S.R.A. beberapa pemain sekolah kita telah mengambil bahagian dan telah mencapai keputusan yang agak cemerlang. Jimmy Tan berjaya menjadi Johan dalam Classic Plate Div. 2 manakala Koh Yew Kwee telah berjaya mendapat tempat yang ketiga dalam Main Event Div. 3.

Olej kerana kelab sekolah kita menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pertandingan squash antara sekolah-sekolah anjuran Staminade telah dibatalkan.

Akhir sekali, kelab squash STM menucapkan ribuan terima kasih kepad Tuan Pengetua dan guru penasihat kelab iaitu Encik Wee Choi Chiang.

Disediakan oleh:
Setiausaha
Chong Wai Fun

Muka surat 159 Optimist 1989

Comments

Popular Posts