EDITOR OPTIMIST 76TH ISSUE
Pernahkah terlintas difikiran akan
kepentingan bahasa dalam tamadun manusia ? Bagaimana agaknya keadaan dunia jika
setiap kaum menuturkan bahasanya yang tersendiri sahaja ? Perpaduan sejagat
tentunya tidak akan termakbul dan ketegangan akibat diskrimininasi tentunya
menjadi pencetus pelbagai peperangan. Bahasa sememangnya penting dalam
masyarakat manusia tetapi sedarkah kita akan pentingnya penguasaan sesuatu
bahasa selain bahasa ibunda ?
Bahasa Melayu menjadi nadi uniti rakyat
Malaysia. Tanpa kehadiran sesuatu Bahasa Kebangsaan, adalah tidak mungkin untuk
mewujudkan toleransi antara kaum yang berbeza. Kepentingan Bahasa Melayu
sememangnya tidak dapat dinafikan ataupun diperdebatkan tetapi isu yang perlu
diketarakan adalah penguasaan kita terhadap suatu lagi bahasa yang tidak kurang
penting peranannya. Bahasa ini adalah Bahasa Inggeris satu-satunya bahasa yang
memegang taraf sebagai bahasa antarabangsa.
Revolusi Tek nologi Informasi telah banyak
mencorak perubahan mendadak untuk dunia kita. Generasi muda yang memeluk idea
perkomputeraan dan pertalian sejagat kini merupakan pemimpin revolusi baru ini.
Meskipun begitu, kunci kepada dunia canggih ini ada dengan harganya, iaitu
penguasaan Bahasa Inggeris.
Jika kita melihat hanya pada
halaman-halaman elektronik dalam dunia ‘ internet ‘, kita akan dapat perhatikan bahawa lebih
daripad 90% kandungannya adalah dalam Bahasa Inggeris bukan sahaja digunakan di
dalam arena politik antarabangsa, iaitu dalam semua konvensi atau perjumpaan tetapi
juga dalam media massa yang memaparkan pemikirang global dan yang membawa
berita-berita terkini lagi padat.
Kesimpulannya, tanpa pengetahuan Bahasa
Inggeris yang lebih kukuh, kita sebagai rakyat Malaysia akan ketinggalan dalam
revolusi baru yang menanti kita nanti.
Kepentingan Bahasa Inggeris tidak dapat
dipersoalkan. Masalah yang lebih rumit adalah untuk melahirkan generasi baru
rakyat Malaysia yang lebih fasih dengan bahasa asing ini. Malaysia mungkin
terkenal di dalam usahanya membangun Teknologi Maklumat ataupun di dalam
ketekunannya menjadi sebuah negara maju tetapi pada mata majority, Malaysia
masih lagi suatu negara yang diminutive dalam suaranya. Pembangunan sebuah
Negara bukan hanya dengan membina bangunan yang tertinggi ataupun menganjurkan suatu
perjumpaan sukan antarabangsa. Sebuah negara hanya dapat dikatakan membangun
jika rakyatnya boleh menggunakan tandas dengan sifat kebersihan, memandu dengan
selamat, tidak diskriminasi terhadap sesuatu yang asing seperti perkahwinan campur dan lebih toleran terhadap
perubahan.
Perubahan-perubahan ini akan mengambil masa
dan perlu dilaksanakan secara gradual. Atas kepercayaan ini, Sekolah Tinggi
Melaka, yang merupakan sebuah sekolah yang cuba sedaya upaya menurut aliran dan
kehendak masa telah mula menghidupakan kemaraan usaha ini dengan edisi Optimist
ke-76 yang mengkorporatkan penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih berbanding
tahun-tahun yang lepas. Adalah diharapkan bahawa dengan langkah-langkah
perintis akan wujudlah warga Sekolah Tinggi Melaka yang lebih prihatin kepada
perubahan dunia dan yang lebih fasih dalam penggunaan Bahasa Antarabangsa pada
masa depan.
Daniel Loy HS
Editor Optimist ke-76
Muka surat 7
Comments
Post a Comment