Ketua Pengawas 2006 STM
“Ribuan terima kasih diucapkan kepada
Sidang Redaksi Optimist kerana memberi ruangan kepada saya untuk merakamkan
sepatah dua kata.
Sehinggai kini, sekolah kita berdiri gagah
dan megah selamat 180 tahun. Tradisi dan sejarah sekolah ini yang sudah
melampaui usia satu abad seharusnya menjadi kebanggaan setiap pelajar. Namun
begitu, pelajar-pelajar tidak seharusnya menghabiskan masa di sini sebagai
penumpang sahaja. Sebaliknya, para pelajar haruslah berusaha menyumbangkan tenaga
dalam apa jua bentuk bagi memperkaya tradisi sekolah ini lagi.
Disiplin pelajar dewasa ini semakin
mencabar dan menuntut seluruh masyarakat berganding bahu untuk mencari kaedah
penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan yang wujud. Di sinilah Lembaga Pengawas
memainkan peranan mengingatkan pelajar-pelajar untuk mendisiplinkan diri dengan
harapan, agar proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancer
tanpa diancam unsur-unsur negatif.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru disiplin, khasnya En.
Mustafa bin Musa dan guru-guru lain kerana telah memberikan pelbagai bimbingan
dan pedoman. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Majlis Tertinggi
Lembaga Pengawas saya kerana telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada
saya. Syabas dan tahniah juga kepada pengawas sese 05/06 kerana telah
menunjukkan dedikasi dan kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
Sekian, terima kasih.
Kepimpinan Melalui Teladan
CA Chang
Ketua Pengawas sesi 2005/2006
Muka surat 11 Optimist 2006
Comments
Post a Comment