Kelab Komputer 1988/1989 Sek Tinggi Melaka


Presiden: Lee Chee Kean U6Sc1
Naib Pengerusi: Amy Lai U6Sc
Bendahari: Hazel Ho U6Sc1
Setiausaha: Lee Heng Neo U6Sc1

Ahli Jawatankuasa:
Yeo Tze Peng 5Sc1
Ronnie Hoh 5Sc1
Ong Tiang Peng 5Sc1
Gan Tiong Ying 5Sc1
Kevin Ong 5Sc1
Ng Chee Sang U6Sc1
T. Sri Ganesh U6Sc3

Tahun 1988 merupakan tahun yang aktif bagi kelab ini. Berbagai-bagai aktiviti telah di-jalankan. Aktiviti itu adalah:
a)      Ahli daripada tingkatan satu, dua dan empat telah mengikuti pelajaran computer pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Ahli-ahli tingkatan enam pula menjalankan aktivit mereka pada setiap hari Sabtu.
b)      Satu ceramah dan demonstrasi computer Apple jenis Macintosh oleh Encik Anthony Chan dari Uniphone, Apple Division, Kuala Lumpur.
c)       Lawatan sambil belajar ke Pameran Microfest di Pusat Sivik Petaling Jaya. Lawatan telah disertai oleh 42 orang pelajar dan diketuai oleh 2 orang guru iaitu Encik Tan Hoe Chang dan Cik Sheow Gee Eng.
d)      Perkhemahan computer ‘CompCamp 88’. Perkhemahan selama 3 hari dan 2 malam telah disertai oleh pelajar-pelajar daripada beberapa sekolah di negeri Melaka. Perkhemahan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Tan Loh Jee, Ahli Jawankuasa PIBG Sekolah Tinggi Melaka.
e)      Kelab ini juga telah menerima sebuah computer IBM PC/XT setara daripada pihak Sekolah pada bulan Disember 1988. Sebuah lagi computer IBM PC/AT setara telah disumbangkan oleh pihak PIBG Sekolah Tinggi Melaka pada April 1989.
f)       Aktiviti menulis perisian computer juga telah diadakan. Lee Chee Kean, presiden kelab ini telah menulis program “Analisis Keputusan SPM dan STPM”. Kelab ini juga telah menyertai Pertandingan Menulis Perisian Komputer 1989. Program yang disediakan bertajuk “Perkembangan Model ATOM”. Ahli-ahli yang mengambil bahagian ialah Lee Chee Kean, Amy Lai, Mohammad Hamin bin Taib dan Hazel Ho. Pasukan kami telah layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1989.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG atas sokongan dan sumbangan mereka. Ucapan terima kasih juga diucapakan kepada guru-guru penasihat kami, khasnya ketua penasihat iaitu Encik Tan Hoe Chang serta Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rafie bin Haji Mahat atas segala bantuan, sokongan dan dorongan mereka untuk kelab ini.

Sekian, Meliora Hic Sequamor.

Disediakan oleh:

Lee Heng Neo
(Setiausaha Kelab Komputer 1988/19889 Sekolah Tinggi Melaka)

Muka surat 88 Optimist 1989

Comments

Popular Posts