Pengakap Kota Pertama Malacca High School


Bilangan Ahli:

1.       Pengakap Muda (Ting. 1 hingga 3) – 64 orang
2.       Pengakap Remaja – 64 orang
3.       Pengakap Kelana – 50 orang

Peminpin:

1.       Peminpin Kumpulan – Encik Peter Suan
2.       Pengakap Muda – Encik Ng Seng Yap
3.       Pengakap Remaja – Encik Peter Suan
4.       Pengakap Kelaka – Encik Peter Suan

Penolong Pemimpin:

1.       Pengakap Muda – Lim Beng Guan
2.       Pengakap Remaja – Thomas Lee Tong Seng (sehingga awal 1989)
3.       Pengakap Remaja – Chan Kau Kuan
4.       Pengakap Remaja – Tan Wee Lee

Ketua Kumpulan

1.       Pengakap Muda – Alex Cheong Loon Tiam
2.       Pengakap Remaja – Eugune Koh Siong Teck
Aktiviti-aktiviti sepanjang tahun:
1.       Perkhidmatan.
Ahli-ahli kumpulan telah berkhidmat dalam beberapa aktiviti termasuk:-

a)      Ujian Tara
b)      Saringan Sukan
c)       Sukan Tahunan Sekolah
d)      Hari Belia
e)      Hari Kebangsaan
f)       Merentas Desa
g)      Minggu Kerja
h)      Malam Kebudayaan
i)        Orentasi Pengakap Muda dan Remaja
j)        Majlis Penyerahan Tugas Pengakap Remaja, Kelana dan Muda
k)      Menerbitkan “The Fort II” majalah pengakap Sekolah Tinggi Melaka.


2.       Perkhemahan.

a)      Perkhemahan Kem Venture Pengakap Remaja di Kem Puan Tan Chay Yan. Seramai 15 orang pengakap muda telah terlibat. Salah seorang daripadanya. Yap Da Mian telah mendapat hadiah “Overall Best Camper” Kem itu telah diadakan dari 31 Mac sehingga 2 April 1989.
b)      Kem Venture Pengakap Muda telah diadakan pada 22 Julai – 25 Julai 1989 di Kem Puan Tan Chay Yan. Beberapa orang pengakap remaja telah menolong dan menjayakan perkhemahan tersebut.
c)       Perkhemahan Tahunan Pengakap Kota Pertama dan Keempat di Kem Puan Tan Chay Yan, Pantai Kundor.
d)      Beberapa perkhemahan semalaman juga telah diadakan di kawasan sekolah.


3.       Kursus

Kursus Bomba dan Pemadam Api.


4.       Lain-lain
Menyertai “Malam Kebudayaan” yang dijemput oleh sekolah-sekolah lain.

Kumpulan Pengakap Sekolah Tinggi Melaka ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan, semua pemimpin, guru-guru dan juga kakitangan sekolah kerana telah menolong menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan tanpa sebarang masalah. Akhir sekali, kami menjemput lebih ramai lagi murid sekolah untuk menyertai persatuan ini dan member sokongan dengan sepenuhnya.

Chan Kam Piew
Setiausaha


Muka surat 106 Optimist 1989

Comments

Popular Posts