Masalah pengangguran di kalangan siswazah masa ini


Dewasa ini pengangguran di kalangan siswazah sungguh hangat diperkatakan dan merupakan satu fenomena baru yang dialami dan dihadapi oleh negara kita. Isu pengangguran di kalangan siswazah perlu diambil perhatian oleh semua pihak memandangkan masalah ini tidak akan berkurangan walupun buat masa sekarang kita masih memerlukan tenaga kerja yang banyak dalam sector perkilangan atau perindustrian. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menjangkakan bahawa bilangan siswazah yang menganggur akan meningkat kepada 50,000 orang pada tahun lepas. Angka ini agak besar berbanding dengan anggaran 36,000 pada tahun 1985. Bilangan penganggur terhormat ini amat menggerunkan kerana mereka merupaka intelek-intelek yang boleh menimbulkan masalah besar kepada kerajaan jika tidak diambil perhatian secara serius. Kerajaan, sector swasta dan masyarakat perlu mengambil tindakan positif untuk mengatasi masalah ini.
Pengangguran di kalangan siswazah berpunca daripada berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah dari segi faktor ekonomi Negara terutamanya harga komoditi dan sector swasta memberhentikan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam. Ditambah dengan kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia sendiri mengakibatkan kerajaan dan sector swasta terpaksa mengurangkan kakitangan demi untuk mengurangkan masalah pembelajaran.

Faktor siswazah sendiri harus diambil kira kerana boleh dikatakan hamper semua siswazah yang menganggur itu memilih pekerjaan dan lebih berminat untuk bekerja di sector ‘kolar putih’ daripada ‘kolar biru’ untuk menjaga status mereka. Tambahan pula pemikiran mereka yang lebih cenderung kepada pekerjaan makan dan berdikari setaraf dengan kelulusan dan ijazah mereka.
Para siswazah juga mudah berputus asa awal-awal lagi sebelum mereka mencuba sesuatu usaha dan memberikan berbagai-bagai alas an seperti tiadanya tahan untuk pertanian, ketiadaan modal dan sebagainya. Apabila hendak memulakan sesuatu projek, para siswazah kebanyakannya terus hendak membuat yang besar-besar sahaja disesuaikan dengan kelulusan mereka.

Tambahan lagi semangat siswazah untuk berdikari dimatikan oleh pandangan serong masyarakat terhadap siswazah yang bekerja di sector perladangan dan perniagaan. Pensyarah sendiri tidak berminat untuk membimbing siswazah di dalam menjayakan projek-projek selepas tamat pengajian di pusat pengajian tinggi. Malah ada di antara para pensyarah yang begitu memandang serong kepada rakan mereka yang cuba membantu siswazah-siswazah tersebut.

Kerajaan hanya mengemukakan satu syor atau program untuk siswazah yang mengganggur tetapi tidak pula disusuli dengan tindakan-tindakan praktikal yang membolehkan para siswazah memulakan hidup baru setelah tamat pengajian. Ini semakin ketara kerana kurangnya daya fikiran daya kreatif siswazah disebabkan oleh penyaluran pelajar terbaik ke aliran sains tulin di peringkat sekolah. Dengan tiadanya ilmu kebudayaan dan kemanusian, siswazah dari aliran sains tulin kurang kreatif dan kurang daya fikiran. Guru masa ini hanya mengajar sahaja tetapi tidak mendidik seperti guru-guru masa lampau.

Untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah yang semakin ketara lagi maka siswazah sendiri harus meneliti peluang pekerjaan sekarang sebelum memilih kursus. Siswazah tidak seharusnya terlalu ghairah memilih pekerjaan harus sanggup memulakan pekerjaan dari peringkat bawah dahulu. Di samping itu juga siswazah jangan terlalu ghairah bergantung kepada kerajaan untuk mendapaatkan pekerjaan.
Sikap siswazah sendiri yang menganggap diri mereka terlalu istimewa di dalam masyarakat di mana satu bidang pekerjaan yang khusus harus diberi kepada mereka harus dihapuskan. Bagi pihak kerajaan pula, hendaklah sentiasa menyediakan latihan kemahiran dan juga kursus keusahawanan untuk melatih siswazah serta member bantuan modal dan tapak perniagaan.

Begitu juga, selepas tamat pengajian, kerajaan harus menyediakan tindakan susulan untuk para siswazah supaya mereka tidak berumbang-ambing mencari sokongan dalam setiap projek yang memerlukan mereka berdikari. Tambahan lagi kerajaan harus mengawasi keadaan ekonomi dan membuat satu perancangan yang teliti bagi mengatasi masalah pengangguran.

Pihak university harus menunjukkan semangat ingin membantu para siswazah masing-masing dan memberikan apa jua bantuan dan galakan jika diperlukan oleh bekas penuntut mereka. Sistem pendidikan sekolah harus dikaji dan dirombak semula untuk menyediakan para pelajar yang berfikiran positif.
Oleh itu tidak seharusnya seseorang lepasan university itu menganggur kerana system pendidikan university telah menyediakan mereka dengan ilmu pengetahuan yang membolehkan mereka berfikir dan berdikari. Siswazah harus mempunyai haluan hidup yang positif dan dinamik serta sanggup mengatur hidup mereka dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang telah mereka miliki. Siswazah tidak seharusnya menyerahkan segalanya kepada kerajaan untuk memberikan pekerjaan kerana tanggungjawab kerajaan hanya member peluang pekerjaan bukannya pekerjaan. Siswazah harus berusaha untuk mencari pekerjaan atau berdikari kerana terdapat orang asing yang berhijrah ke Malaysia masih boleh menikmati kehidupan yang sempurna dengan ribuan pekerjaan.

Karya Pelajar
Affendy bin Md. Zahari
6AS2

Muka surat 117 Optimist 1989

Comments

Popular Posts