32 Years of Service | MHS Laboratory Attendant


Encik Law Geok Tien bersekolah di Anglo Chinese School sehingga Darjah Enam. Beliau mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah. Beliau mula bertugas di Sekolah Tinggi Melaka pada 6hb Februari 1956 sebagai Attenden Makmal sehingga 21hb Julai 1988 (selama 32 tahun).

Pengkhususan beliau dalam bidang kimia dan biologi. Beliau memelihara tikus putih untuk faedah murid membuat kajian. Disamping itu, dia membantu menguruskan dewan dan kebun sains serta sebagai pembantu makmal Kimia dan Biologi bagi Pengajian Luar Kampus Universiti Sains Malaysia di sekolah ini.

Seingat beliau sejak mula bertugas, peralatan makmal seperti bangku, meja, paip dan lain-lain belum pernah bertukar dan dijaga dengan baik. Diantara peralatan tersebut wujud sejak 1949 (hanya STM ada makmal ketika itu) dan meja makmal adalah sumbangan dari Hospital Besar Melaka.

Encik Law telah berkhidmat di bawah lebih kurang 10 orang pengetua dari A. Akinson sehingga Tuan Haji Abdul Rafie. Dia sentiasa bersenang hati bekerjasama dengan guru-guru.

Pada tahun 1985/86, Tuan Pengetua telah menganugerahkan hadiah kenangan kerana dia telah bekhidmat cukup lama dan cemerlang.

Encik Law Geok Tien menjadi kenangan dan kebangaan keluarga Sekolah.


Muka surat 24 Optimist 1988

Comments

Popular Posts