Rumah Famosa


Kapten: Ahmad Faud Mohd. Yatim
Penolong Kapten: Allan Loong
Kapten Perempuan: Karen Yong
Setiausaha: Abd. Malek Ismail
Bendahari: Kenneth Lee
Guru Penasihat: Cik Teo Bee Choo/Encik Mohd. Yatim Haji Lasim/Encik Khoo Ah Seng/Encik Peter Chua/Puan Ong Chong Han

Secara keseluruhan, prestasi Rumah Farmosa pada tahun ini adalah amat memberangsangkan. Kami bukan sahaja telah berjaya mempertahankan Kejuaraan dalam Temasya Sukan Tahunan buat kali yang keduanya malah kami juga telah Berjaya menjuarai dalam Pertandingan Façade dan Perbarisan. Dua orang athlit daripada rumah kami juga telah Berjaya muncul sebagai peserta terbaik bagi kelas masing-masing. Mereka ialah Firdausi Hazmi, lelaki kelas 2 dan Ho Teh Eng, kelas perempuan. Di samping itu dalam kedua-dua acara merentas desa dan Ujian Tara rumah telah berjaya muncul sebagai naib johan.

Antara athlit-athlit berpotensi yang Berjaya ditonjolkan pada tahun ini ialah: Teo Boon Yang, Thye Kim Ehee, dan Zan Asim Aziz daripada Kelas – I , C. Danapal & Jamuis Dungin daripada Kelas II, Andre Hasby, Azrin Aziz & Effendy Mansur dari Kelas – III. Karen Yong, Chong Wai Fung, Boo Huey Chern dan Lai Mei Ling dari Kelas Perempuan.

Sementara itu dalam pertandingan bahas Bahasa Malaysia bagi peringkat Menengah Atas, pasukan kami yang diwakili oleh Lily Arfaniza, Goh Mary, Siti Rabaah dan Zamsuri telah Berjaya muncul sebagai naib johan.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru rumah yang telah member sumbangan kepada Rumah Famosa, khasnya kepada Cikgu Mohd. Yatim yang telah menjadi penaja bagi pakaian sukan Rumah Famosa. Bagi ahli-ahli Rumah Famosa yang juga telah bekerjasama dalam kecermelangan Rumah Famosa juga diucapkan terima kasih.

Akhir kata semoga Pasukan Rumah Famosa akan dapat memperbaiki lagi mutu dan pencapaian pada temaya-temasya sukan yang akan datang.

Abd. Malek Ismail
Setiausaha

Muka surat 137 Optimist 1989

Comments

Popular Posts