SECEBIS CORETAN EDITOR OPTIMIST 2006
“Sekali lagi sekolah kita mencipta
kebanggaan dengan kelahiran majalah “The Optimist” pada alaf baru ini yang
merupakan edisi ke-85.
Sebagai sebuah sekolah yang tertua dan
terkenal di Negara kita, nama SMK Tinggi Melaka sering menjadi sebutan ramai.
Tradisi dan kecemerlangan yang telah diwarisi selama 180 tahun ini memang tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana institusi pengajian tinggi di rantau ini
Dalam hal ini, majalah “The Optimist”
merupakan khazanah sekolah yang merakamkan dan mengabadikan segala detik
sejarah yang bermakna agar bibit-bibit nostalgia dapat tercetak di minda semua
warga sekolah pada masa depan.
Tradisi penerbitan “The Optimist” yang
bermula sejak tahun 1921 yang diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock telah diamalkan
sehingga hari ini. Dengan bangganya diumumkan bahawa majalah yang menjadi
santapan setiap warga sekolah ini telah melangkah ke alaf yang baru dan
merupakan edisi yang ke-85.
Penerbitan “The Optimist” edisi ke-85 ini
merupakan hasil kerjasama dan usaha tanpa jemu daripada semua ahli Sidang
Redaksi. Usaha kami membuahkan hasil dengan bantuan guru-guru serta kerjasama
semua pihak, terutamanya galakan dan bimbingan guru penyelaras kami, Pn. Loy In
Tiau. Hasil titik peluh dan sokongan mereka telah menjadikan penerbitan “The
Optimist” ini menjadi kenyataan dan bukannya sekadar angan-angan. Walaupun
menghadapi pelbagai kesulitan dan masalah dalam menjalankan tugas, kami
bersyukur dapat menyermpurnakan penerbitan majalah ini.
Sebelum mengakhiri coretan saya, saya ingin
mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar dan pembaca.
Berbanggalah sebagai warga SMK Tinggi Melaka.
Sekian, terima kasih.
Meliora Hic Sequamur
Ketua Editor edisi ke-85
SY Kerk
Muka surat 10 Optimist 2006
Comments
Post a Comment