Sepaktakraw 1989 Malacca High School

Guru Penasihat: Encik Mohd Rashid bin Mohd Sidek
Penolong Guru Penasihat: Encik Hussin bin Embi

Kegiatan Sepanjang 1989

Satu kejohanan liga regu terbuka sekolah telah diadakan pada bulan April 1989.

Tujuan kejohanan ini  diadakan ialah untuk mencungkil bakat sepaktakraw yang terdapat di sekolah ini di samping itu untuk menggalakkan pelajar-pelajar bukan bumiputera untuk menyertainya.

Sambutan adalah amat menggalakkan kerana sebanyak 10 regu bawah 18 tahun dan sebanyak 12 regu bagi kumpulan bawah 15 tahun telah turut menyertainya.

Keputusan kejohanan tersebut adalah seperti berikut:

Johan bawah 18 tahun

Zainuri Zainal 4A1
Ahmad Taufik Mustafa 4A1
Haizal Rahmat 4A1

Johan bawah 15 tahun

Suhaime Abd. Manaf 3 SP 1
Mohd. Zaki Yusuff 3 SP 1
Mohd. Ali Abu Bakar 3 SP 1

Naib Johan bawah 18 tahun

Azmi Lasim 5 Sains 3
Zan Azim Aziz 5 A
Yusnizam Abu Bakar 4 Sains 4

Naib Johan bawah 15 tahun

Mohd Elmy Ismail 2 Kuning
Deenoh Othman 2 Merah
Norizal Osman 2 Oren


MSSM Kawasan Bukit Cina

Bawah 18 tahun

Pasukan sepaktakraw bawah 18 tahun telah diletakkan di dalam Kumpulan C bersama-sama Sekolah Menengah Air Molek dan Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah.

Pasukan kita telah tidak bernasib baik kerana telah tewas kepada Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah 3 - 0 dan telah menang dengan Sekolah Menengah Air Molek 2 -1. 

Oleh itu gagal untuk melaykkan diri untuk pusingan yang seterusnya.

Bawah 15 tahun

Pasukan bawah 15 tahun telah menjadi johan kumpulan setelah menewaskan pasukan Sekolah Menengah Air Molek 3 - 0

Dalam peringkat separuh akhir pasukan kita telah tumpas 2 - 1 dengan Sekolah Muzaffar Shah.

Pasukan sepaktakraw Sekolah Tinggi mengucapkan terima kasih kepada dua orang pekerja sekolah iaitu Encik Norasid Othman dan jug Encik Ismail Omar atas segala bimbingan dan tunjuk ajar kepada pasukan sepaktakraw sekolah kita. Pasukan kita juga turut dibantu oleh dua orang guru pelatih dari UPM dan UKM.

Walaupun gagal untuk memperolehi sebarang kejayaan tetapi atas kerjasama dan semangat berpasukan yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan adalah sangat dihargai

Muka surat 160 dan 161 Optimist 1989


Comments

Popular Posts