Music Society 1988/1989 Malacca High School


Guru Penasihat: Puan Lim Siew Tin/Encik Abdullah bin Thamby/Puan Hoh Soh Kwee
Pengerusi: Ng Mei Ling

Naib Pengerusi: Dina Chin
Setiausaha: Sai Yen Lin
Bendahari: Daniel Tan

Setelah mengambilalih jawatankuasa persatuan ini pada pertengahan tahun 1988, kami telah berusaha untuk melancarkan berbagai-bagai aktiviti supaya matlamat kami, iaitu memperkenalkan seni muzik kepada pelajar sekolah ini dapat dicapai.

Selain daripada menjalankan latihan koir dan permainan-permainan yang boleh menimbulkan minat pelajar terhadap seni muzik, percubaan baru kami, iaitu mengadakan latihan tarian tradisional telah Berjaya mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli.

Bagaimanapun, kami tidak dapat mengajar ahli-ahli bermain alat muzik secara praktikal kerana masalah kewangan. Pada masa ini, kami hanya sekadar bertukar-tukar pengetahuan tentang alat muzik sesama sendiri.

Sepanjang tahun 1988/89, koir kelab ini telah mengambil bahagian dalam upacara berikut:-

1.       Hari Guru 1988 peringkat sekolah.
2.       Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1988.
3.       Persaraan Encik Kumaradas dan Encik Tan Kim Yong, 1988.

Akhir kata, persatuan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru penasihat kami atas nasihat dan tunjuk ajar yang telah mereka berikan. Seperti yang pernah dikatakan oleh Montarani, “Music is the Spirit of Life, Life is the Spirit of Music”, semoga persatuan ini akan terus maju pada masa yang akan datang.

Sai Yen Lin
Setiausaha

Muka surat 95 Optimist 1989

Comments

Popular Posts