Renjer Puteri Sek Tinggi Melaka 1996


Guru Penasihat: Puan Vijayaletchumi Raju
Ketua Unit: Carrie Koh
Penolong Ketua Unit: Ng Shek Fung
Setiausaha: Cheong Ngee Koon
Penolong Setiausaha: Lee Chiew Hong
Bendahari: Cynthia Lee

Jumlah ahli tetap adalah 32 orang. Majlis perlantikan ahli jawantankuasa baru telah diadakan pada 24 Jun 1997.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 96/97

Sambutan Hari Belia telah diadakan di Mahkota Parade pada 22 Mei 96 dan persatuan kami telah disuruh untuk menyediakan satu kaunter pameran di Mahkota Parade. Barang-barang dan hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan kepanduan telah dipamerkan.

Pada 24 dan 25 Mei 96, beberapa orang ahli telah berkhidmat di Sekolah Menengah Gajah Berang dan Sekolah Tinggi Melaka sempena Temasya Sukan Peringkat Negeri dan Perlawanan Bola Sepak Peringkat Negeri masing-masing di sekolah tersebut.

Pada 3 Februari 97, kami telah menjual dan mengedarkan ‘dedication’ sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Pada 2 Mac 97, 9 orang ahli telah berkumpul di Mahkota Parade untuk menghadiri satu seminar yang bertajuk ‘Missing Person’.

Sekolah kami telah dipilih sebagai tempat untuk meraikan Hari Peringatan.

Guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah lain turut dijemput untuk hadir ke sambutan ini. Kami telah mengaturkan satu majlis yang ringkas.

Disediakan oleh,
Setiausaha

Quotes

The ability to form friendships, to make people believe in you and trust in you, is one of the few fundamental qualities of success.

~ John J. McGuirk


Muka surat 127 Optimist 1997

Comments

Popular Posts