Sofbol Malacca High School



Pasukan Bawah 18 Tahun

Jurulatih: En Koh Chye Seng
Ketua Pasukan: Eugene Koh
Pen Ketua Pasukan: Shafie Ibnoraja

Pasukan Bawah 15 Tahun

Jurulatih: En Koh Chye Seng
Ketua Pasukan: Helip Loni
Pen Ketua Pasukan: Mohd Nazlan

Pasukan Sofbol B-18 dan B-15 telah memulakan latihan pada awal tahun ini sebagai persediaan untuk Kejohanan MSS Melaka. Kedua-dua pasukan kita telah gagal untuk mara ke peringkat akhir walaupun kita telah bermain dengan bersungguh-sungguh.

Berikut adalah keputusan Kejohanan itu:

Bawah 18 Tahun

STM menewaskan SMGB 12 - 4
STM ditewaskan STHAM 1 -13
STM menewaskan MRSM Jasin 26 - 5
STM menewaskan STSD 15 - 2
STM menewaskan STCM 6 - 5

Bawah 15 Tahun

STM menewaskan SMGB 10 - 2
STM ditewaskan STCM 4 - 9
STM menewaskan STSD 40 - 6

Separuh Akhir

STM ditewaskan SMTT 7 - 8
STM ditewaskan STHAM 1 - 18

Sempena Kejohanan Sofbol Kebangsaan B-15 yang diadakan di Pulau Pinang pada Disember 1984, 4 orang pemain sekolah telah dipilih untuk mewakili Melaka. Mereka ialah:

Ng Ghim Hui
Koe Kenneth
Danny Ong
Jamaludin Jaafar

Dalam Kejohanan ini, Melaka telah muncul sebagai Naib Johan.

Pihak sekolah telah banyak memberi galakan dan sokongan kepada kami. Kami berharap pihak sekolah akan terus memberi insentif kepada kami, agar kami dapat merangkul kembali Piala Kejohanan Sofbol MSS Melaka.

Kelab ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Koh Chye Seng yang telah banyak meluangkan masanya untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan.

Akhir sekali, permainan sofbol diharapkan dapat terus berkembang dan dapat sambutan daripada para pelajar.

Sekian.

Muka surat 158 Optimist 1989

Comments

Popular Posts