Fotografi (Kelab) Malacca High School



Guru Penasihat: Encik Ahmad Kamal b. Md. Dom/Encik Baharuddin bin Borhan/Cik Sueow Ghee Ang

Presiden: Lee Lai Huat
Setiausaha: Ong Seng Fook
Bendahari: Tay Heng Seng
Ahli Jawatankuasa: Imran

Kelab ini telah dihidupkan semula oleh guru-guru penasihat dan Tuan Pengetua pada awa tahun ini tetapi masih berlandaskan prinsip-prinsip kelab yang asal. Jawatankuasa kelab sesi 89 telah mengambil-alih pentadbiran kelab ini pada bulan Mac. 1989. Sambutan pelajar-pelajar dari peringkat menengah atas amat menggalakkan. Kini kelab ini mempunyai seramai 65 orang ahli.

Ahli-ahli dilatih mengambil gambar dan kaedah-kaedah memproses gambar putih-hitam serta diberi latihan teori. Di samping itu, kelab ini juga ditugaskan untuk mengambil gambar untuk majalah Optimist, pada hari upacara penting sekolah seperti Hari Guru, Hari Sukan Sekolah ke-162, Hari Penyampaian Hadiah dan Hari Ucapan. Kelab ini akan terus member kerjasama kepada Sidang Redaksi Majalan Optimist.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Rafie bin Haji Mahat kerana telah menyumbangkan sebuah kamera SLR yang berharga kira-kira RM$550 kepada kelab ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru penasihat dan ahli-ahli kelab kerana sokongan dan kerjasama mereka menjadikan kelab ini lebih bermakna. Diharap juga kelab ini akan menjadi lebih aktif pada masa yang akan datang.


Muka surat 91 Optimist 1989

Comments

Popular Posts